MIMPI
Pagi aku kena mengetuai bacaan Yassin! Allah… bacaan bermula pada 10.25am lbih kurang. Sebenarnya pada mula aku menolak untuk mengetuai bacaan. Tapi kerana dah di tanggungjawabkan oleh bos, aku lakukan juga.
Bacaan dimulakan dengan Fatihah dulu. Bila mula saja bacaan Yassin, dalam beberapa baris lancar. Ini kerana aku ada menghafaz sedikit (sikit je!?). Bila masuk bahagian yang aku tak hafaz… bacaan aku mula tersekat-sekat. Kalaulah di rumah ketika ini, mungkin aku dah mengalirkan air mata. Baca Yassin merangkak-rangkak. Bukan tak tahu jawi, boleh baca jawi. Tapi aku tahu, sebutan aku tak betul. Tapi aku tekadkan juga, nasib baik dibantu oleh seorang kawan. Terima kasih aku ucap kat dia.
Mimpi, semua orang bermimpi kecuali yang dah jadi mayat. Pagi tadi aku pun bermimpi, aku rasa ini dah masuk kali ke2 aku bermimpi disuruh baca surah Al-Baqarah. Surah yang terpanjang tu! Ya aku mengaku, aku seorang yang pemalas. Kalau baca Al-Qur'an, Fatihah dan awal surah Baqarah tu jelah.
Kata tentang mimpi. Aku pernah bermimpi disuruh betulkan bacaan Fatihah aku. Dalam mimpi tersebut aku berdepan dengan seorang ustaz yang tak kelihatan wajahnya. Dia meminta aku membacakan Fatihah, aku baca… kemudian selepas aku selesai membaca dia meminta aku membetulkan bacaan aku. Selepas dia kata begitu terus aku tersedar dari tidur.
Aku pernah bermimpi bayangan hari kiamat. Pucat lesi aku bila tersedar dari tidur. Aku pernah bermimpi melihat bayangan kaabah berkilau keemasan di atas langit.
Kalau ikut saintis, mimpi ini bermaksud otak kita aktif. Dan juga ia terhasil kerana badan kita menerima rangsangan seperti sejuk atau panas. Contohnya kita akan mimpi perkara seram jika kita dalam kedaan sejuk. Dan ada juga sesetengah orang yang putus kawan kerana mimpi! Kita ni nak percaya mimpi kena juga tengok. Masa bila kita mengalami mimpi tersebut. Kalau waktu petang, mimpi-mimpi yang tak baik… itu semua hanya mainan tidur dan gangguan syaitan.
Bukan semua mimpi aku baik. Ada juga yang tak baiknya. Seperti aku bermimpi dikejar perempuan yang bermaksud akan datang buruk. Memangpun… aku ada mengalami perkara buruk selepas mimpi tersebut. Aku pernah bermimpi terselamat dari jatuh gaung, rupa-rupanya aku terlepas dari kesusahan.
Paling aku tak boleh lupa mimpi yang cukup terkenal dikalangan orang tua melayu kita. Mimpi didatangi ular yang selalu bermaksud dah dekat nak kahwin. Tapi aku sebaliknya, aku mimpi aku bertemu dengan seekor ular sawa yang cantik! Berwarna putih dengan tompok-tompoknya kuning, sawa albino! Dalam mimpi tersebut ular tersebut dalam kesusahan, banyak orang nak tangkap dia. Aku tak dapat tolong… aku hanya melihat saja dia lari disebalik orang-orang yang memegang parang. Rupa-rupanya ia alamat yang aku putus tunang…
2 comments:
-
mimpi yang bagus :)
-
wah kak luna left her comment on my 27th birthday last year lol
uhm..well..thanks for sharing about this mimpi2 thing..
u pun selalu mimpi surah ek? i pun. terasa macam freak sket coz dah la i ni rock and roll, leh plaks kena bagi mimpi surah ek?
i'm sorry about u putus tunang. God has someone better for you actually :)