AKU ANAK BONGSU

Aku anak yang bongsu. Adik beradik aku semuanya dah besar-besar dan dah kahwin. Tinggal aku sahaja yang masih bujang. Masa aku kecil dan tinggal dikampung dengan orang tua aku di Kluang. Kadang kala aku akan membantu mak aku kat dapur, boleh dikatakan anak soleh lah. Ceh masuk bakul angkat sendiri aku ni.

Jadi aku pernah tanya satu soalan yang pelik masa aku kat dapur dengan mak aku. Masa tu aku tengah memasak ikan goreng jika aku tidak silap.

Aku: mak kalo lelaki menanyi kat dapur, kawin tua jugak ke mak?

Mak: entah, tak pernah mak dengar… kenapa plak ko tanya macam tu? Ko nak kawin perempuan tua? Ish!

Aku tersenyum kemudian aku hanya menjawab… ‘ tak apalah mak, kalo perempuan tua tu cantik… kaya… baik… macam Normala Shamsuddin tu’ aku jawab macam tu sebab masa tu aku cukup sukakan Normala dan semasa itu pula Normala janda (maaf Datuk Azmi).

Lepas mak aku dengar jawapan aku macam tu. Punyalah dia angin dengan aku. Siap dia jawab, seandai apa yang aku cakap tu menjadi. Dan kalau aku bawa balik Normala, dia tak mahu izinkan aku dan Normala masuk kerumah dia! Aku ketawa bila lihat dan dengar mak yang angin dengan aku ketika itu.

‘ish… ei… apa yang cantik Normala tu? Ko tak malu? Ko nak jadi macam drama Mentua Oh Menantu?’ mak membebel memarahi aku. Marah betul dia dengan jawapan aku tu. Pasal dia tahu kalau aku bertanyakan sesuatu, aku bersungguh-sungguh.

Kemudian aku lagi menambahkan angin mak aku. Saja nak bergurau dengannya. Aku menyanyi depan kuali sambil mengolek-golek ikan goreng. Mak marah! Hahahaha…

Tapi apa yang paling aku tak boleh lupakan. Bila semasa aku dapat tahu Normala kahwin dengan Datuk Azmi! Aku frust menonggeng… siap aku cakap dekat mak. Aku kecewa tak sempat nak meminang Normala. Hahahaha…. Kemudian mak memadankan muka aku sambil gelakkan aku. Tak cukup dengan mak, kakak aku pun turut serta mentertawakan aku.

2 comments:

  1. kakLuna said,

    ha ha

    akak pun memadankan muka kau sambil ketawa terkekeh kekeh

    on July 5, 2007 at 4:41 PM


  2. iejal said,

    alo... akak ni... sedih tau masa tu... dahlah semua kawan2 tanya. Saya tak gi ker majlis kawin tu.

    on July 6, 2007 at 10:58 AM