JAHAT

Polan: Kau pernah tak buat satu kesalahan yang menghantui kau?

Polan2: Apa dia?

Polan: Yelah, buat dosa… lepas tu kau rasa bersalah sangat. Sampai tak boleh nak lupakan kesilapan yang kau buat tu dan rasa nak patah balik masa dan betulkan kesilapan tu…

Polan2: Entahlah… bukan aku tak pernah buat salah… tapi takde lah sampai melibatkan kesalahan yang besar. Kenapa, kau pernah buat salah besar ke?

Polan: Aku ni… dulu jahat!

Polan2: Jahat? Selama aku kenal kau ni… aku tak pernah nampak kau buat kejahatan hahaha… aku bukan baru kenal kau. Dah bertahun. Apa yang kau buat tu… sampai merunsingkan fikiran?

Polan: Jahat… kau bayangkan…

Polan2: Sekejap… (sambil mengaru-garu dagu yang tak gatal)

Polan: Oi! Orang serius ni…

Polan2: Yelah… yelah… aku berseloroh sikit pun tak boleh.

Polan: Aku dulu, kalau tengok orang lumba haram. Aku cukup suka! Tk pernahnya aku nak menasihati mereka atau ingatkan mereka tentang bahaya lumba haram. Tapi aku lagi mengapi-apikan mereka dan menaikkan semangat mereka dalam lumba haram. Semakin galak mereka dengan lumba haram, semakin aku gembira. Bila ke kelab malam, lain pula cerita. Walau aku masuk ke kelab malam, aku tak sentuh benda-benda haram. Tapi aku belanja mereka minum benda haram. Sambil tu aku kenalkan benda-benda haram yang mana paling best! Sepatutnya aku menghalang… tapi bukan tu yang aku buat. Tak cukup dengan mengalakkan mereka menogak air kencing syaitan tu… aku suruh kawan aku yang bawak pil syaitan. Bagi pada mereka… lepas tu bila aku tengok mereka mula khayal dalam dunia mereka. Aku akan gembira… ketawa! Aku cukup suka kalau aku dapat menghasut mereka menjadi hina. Bagi aku… ia bagaikan satu hiburan pada aku bila melihat anak melayu hancur! Bila mereka khayal lumba haram dan hiburan dunia… aku akan ketawa… tapi bukan ketawa kerana gembira bersama. Tapi lebih kepada satu ketawa kejayaan aku merosakkan pemikiran mereka… (terdiam sejenak… muka kelihatan sayu, mata merah… menahan air mata dari mengalir.)

Polan2: Aah lah… dulu kau suka tengok lumba haram… suka pergi kelab malam. Aku memang tau kau tak ambil benda haram tu semua. Sebab kawan-kawan yang lain memang ada cerita kat aku. Mereka kutuk kau… pergi disko tapi tak minum air kencing syaitan… huhuhu… habis tu sekarang kau buat lagi ke semua tu?

Polan: Tak… dah lama aku tinggalkan… semenjak aku kenal kau dengan lebih rapat sekarang…

Polan2: Apa? Aku tak paham… apa pulak kerana kau kenal aku… jelaskan?

Polan: Aku ingat… aku boleh hancurkan semua orang. Rupanya aku silap. Aku gagal hancurkan kau. Kau memang baik! Banyak kali aku hasut kau… tak pernah berjaya. Aku ajak kau sama… pergi kelab malam. Kau menolak dengan baik sekali, walaupun aku memaksa. Begitu juga bila aku ajak kau pergi tengok lumba haram. Malahan yang lebih memeranjatkan aku, orang yang jahatpun menghormati kau. Ini terbukti bila kawan aku yang kaki dadah… hormat pada kau. Sambil memuji kau… yang kau tak pernah memandang rendah pada orang sebegitu. Kau menghormati mereka sebagai manusia. Padahal aku memandang mereka sebagai sampah sebelum ni. Sampaikan ada yang jadi baik! Bila dah mengenali kau… aku pernah cuba nak kenakan kau. Aku suruh kawan perempuan aku. Hasut kau… buat maksiat! Aku suruh dia pergi rumah kita… cakap nak menumpang. Masa malam tu aku tak balik, kau telefon aku. Aku beritahu kau yang aku tak dapat balik rumah malam tu dan suruh kau tengokkan kawan perempuan aku. Ya… kau jaga dia dengan baik sekali! Kau tak sentuh dia, malahan kau sanggup berjaga sepanjang malam diluar rumah. Semata-mata nak memastikan keselamatan perempuan tu. Aku dapat tahu bila perempuan tu telefon aku dan beritahu tentang kau, aku terperanjat! Malahan perempuan tu beritahu yang dia malu dengan kau. Sebab cara kau menghormati dia… aku minta maaf. Aku menyesal… kau memang baik.

Polan2: Ala… rileks lah… asalkan kau nak berubah. Itu sudah bagus… jangan pulak kau ulang. Nanti aku silatkan kau kang… hehehe… aku pun bukan sempurna sangat. Toksahlah nak terlalu memuji… cewah…! Aku maafkan kau…

*Diceritakan semula oleh seorang kawan.

0 comments: