PENDEK SALAH, TINGGI PUN SALAH

WASHINGTON: Tinggi salah, pendek pun salah. Demikian masalah dua angkasawan, Wendy Lawrence dan Scott Parazynski yang mahu menyertai misi di stesen kapal angkasa, Mir.

Wendy dengan ketinggian 1.6 meter tidak dibenarkan menyertai misi itu kerana syarat yang ditetapkan ialah 1.63 meter.

Sementara itu, Parazynski dengan ketinggian 1.88 meter juga terlepas peluang bertugas di stesen Mir kerana melepasi tahap yang dibenarkan iaitu 1.85 meter.

0 comments