JAHAT

Polan: Kau pernah tak buat satu kesalahan yang menghantui kau?

Polan2: Apa dia?

Polan: Yelah, buat dosa… lepas tu kau rasa bersalah sangat. Sampai tak boleh nak lupakan kesilapan yang kau buat tu dan rasa nak patah balik masa dan betulkan kesilapan tu…

Polan2: Entahlah… bukan aku tak pernah buat salah… tapi takde lah sampai melibatkan kesalahan yang besar. Kenapa, kau pernah buat salah besar ke?

Polan: Aku ni… dulu jahat!

Polan2: Jahat? Selama aku kenal kau ni… aku tak pernah nampak kau buat kejahatan hahaha… aku bukan baru kenal kau. Dah bertahun. Apa yang kau buat tu… sampai merunsingkan fikiran?

Polan: Jahat… kau bayangkan…

Polan2: Sekejap… (sambil mengaru-garu dagu yang tak gatal)

Polan: Oi! Orang serius ni…

Polan2: Yelah… yelah… aku berseloroh sikit pun tak boleh.

Polan: Aku dulu, kalau tengok orang lumba haram. Aku cukup suka! Tk pernahnya aku nak menasihati mereka atau ingatkan mereka tentang bahaya lumba haram. Tapi aku lagi mengapi-apikan mereka dan menaikkan semangat mereka dalam lumba haram. Semakin galak mereka dengan lumba haram, semakin aku gembira. Bila ke kelab malam, lain pula cerita. Walau aku masuk ke kelab malam, aku tak sentuh benda-benda haram. Tapi aku belanja mereka minum benda haram. Sambil tu aku kenalkan benda-benda haram yang mana paling best! Sepatutnya aku menghalang… tapi bukan tu yang aku buat. Tak cukup dengan mengalakkan mereka menogak air kencing syaitan tu… aku suruh kawan aku yang bawak pil syaitan. Bagi pada mereka… lepas tu bila aku tengok mereka mula khayal dalam dunia mereka. Aku akan gembira… ketawa! Aku cukup suka kalau aku dapat menghasut mereka menjadi hina. Bagi aku… ia bagaikan satu hiburan pada aku bila melihat anak melayu hancur! Bila mereka khayal lumba haram dan hiburan dunia… aku akan ketawa… tapi bukan ketawa kerana gembira bersama. Tapi lebih kepada satu ketawa kejayaan aku merosakkan pemikiran mereka… (terdiam sejenak… muka kelihatan sayu, mata merah… menahan air mata dari mengalir.)

Polan2: Aah lah… dulu kau suka tengok lumba haram… suka pergi kelab malam. Aku memang tau kau tak ambil benda haram tu semua. Sebab kawan-kawan yang lain memang ada cerita kat aku. Mereka kutuk kau… pergi disko tapi tak minum air kencing syaitan… huhuhu… habis tu sekarang kau buat lagi ke semua tu?

Polan: Tak… dah lama aku tinggalkan… semenjak aku kenal kau dengan lebih rapat sekarang…

Polan2: Apa? Aku tak paham… apa pulak kerana kau kenal aku… jelaskan?

Polan: Aku ingat… aku boleh hancurkan semua orang. Rupanya aku silap. Aku gagal hancurkan kau. Kau memang baik! Banyak kali aku hasut kau… tak pernah berjaya. Aku ajak kau sama… pergi kelab malam. Kau menolak dengan baik sekali, walaupun aku memaksa. Begitu juga bila aku ajak kau pergi tengok lumba haram. Malahan yang lebih memeranjatkan aku, orang yang jahatpun menghormati kau. Ini terbukti bila kawan aku yang kaki dadah… hormat pada kau. Sambil memuji kau… yang kau tak pernah memandang rendah pada orang sebegitu. Kau menghormati mereka sebagai manusia. Padahal aku memandang mereka sebagai sampah sebelum ni. Sampaikan ada yang jadi baik! Bila dah mengenali kau… aku pernah cuba nak kenakan kau. Aku suruh kawan perempuan aku. Hasut kau… buat maksiat! Aku suruh dia pergi rumah kita… cakap nak menumpang. Masa malam tu aku tak balik, kau telefon aku. Aku beritahu kau yang aku tak dapat balik rumah malam tu dan suruh kau tengokkan kawan perempuan aku. Ya… kau jaga dia dengan baik sekali! Kau tak sentuh dia, malahan kau sanggup berjaga sepanjang malam diluar rumah. Semata-mata nak memastikan keselamatan perempuan tu. Aku dapat tahu bila perempuan tu telefon aku dan beritahu tentang kau, aku terperanjat! Malahan perempuan tu beritahu yang dia malu dengan kau. Sebab cara kau menghormati dia… aku minta maaf. Aku menyesal… kau memang baik.

Polan2: Ala… rileks lah… asalkan kau nak berubah. Itu sudah bagus… jangan pulak kau ulang. Nanti aku silatkan kau kang… hehehe… aku pun bukan sempurna sangat. Toksahlah nak terlalu memuji… cewah…! Aku maafkan kau…

*Diceritakan semula oleh seorang kawan.

0 comments

AKU PERLUKAN PERUBAHAN!

Pemalas! Oh… kenapa aku sakarang macam ni? Dulu aku tak macam ni pun…

Sepanjang pagi hingga masuk ke petang. Aku hanya tidur! Hujan turun, menambahkan lagi kemalasan aku. Aku perlu buat aktivi pada hari minggu. Hari minggu bukan setakat membasuh baju dan mengemas bilik. Bukan hanya menunggu waktu pukul 10malam untuk menonton Smallville dan menikmati keseksian Chloe.

Urghhh… aku kena mendisplinkan diri aku. Aku tak boleh berterusan macam ni. Semenjak melalui zaman kegelapan aku. Aku bagai hilang semangat… orang kata, tak baik kalau selalu bersedih. Boleh mengganggu kesihatan, boleh jatuh sakit. Aku sakit? Oh… entahlah… mungkin ya, bukan sakit badan… tapi sakit jiwa. Iya… aku tertekan. Terlalu banyak yang membuatkan aku fikir. Sampai malas aku nak melakukan semuanya.

Ah! Ketika ini pun aku masih termenung. Adakah semua kerana aku mengamalkan kehidupan yang tidak sihat? Menjadikan badan aku letih? Menjadikan aku tertekan? Kenapa dulu sebelum aku melalui zaman kegelapan aku tak sebegini? Apa yang aku lakukan dulu yang membuatkan aku sihat?

Punca setakat ini yang aku terfikir adalah. Aku kurang makan… kadang-kadang dalam satu hari tu, hanya sekali sahaja aku makan. Sekarang aku sangat kuat tidur. Ada masa terluang aku akan tidur. Sudahlah aku kurang makan, kurang minum air pulak! Tapi aku banyak mengamalkan makan sayur dan minum air yang menjana tenaga. Ah… sudahlah… untuk kesekian kalinya lagi, aku malas nak fikir. Menyesakkan kepala aku saja.

0 comments

MOJO DAN MIMI.

Ya itulah nama yang aku berikan kepada 2 ekor hamster yang baru aku beli. Banyak juga persediaan yang aku buat atas hamster sebelum nak beli. Tapi ada juga kesilapan sikit. Terutama aku kena beli lagi satu kandang yang baru. Sebab aku kena asingkan 2 ekor hamster tersebut. Sebabnya hamster ni suka mengamalkan sifat ‘one cage, one hamster’. Akibatnya, hari-hari asyik gaduh je si Mojo dengan Mimi.

Nanti aku belikan kandang baru tu pun. Aku akan letakkan satu ‘tunnel’ bagi menghubungkan dua kandang tu. Jadi secara tak langsung boleh dia 2 ekor berhubung satu sama lain walau lain kandang.

Nak bela hamster ni tak lah susah mana. Tapi makanan dia kena tukar setiap hari. Tak boleh beri makanan yang manusia makan. Bukan tak boleh beri langsung, boleh tapi seminggu sekali. Seperti sayur, buah atau roti dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tak boleh banyak, sebab mungkin akan mendatangkan bahaya padanya. Paling dilarang, tak boleh berikan buah oren atau limau. Sebab dia tak boleh tahan asid yang terkandung dalam buah terssebut. Seminggu sekali tukar habuk kayu dia. Tak lupa bagi dia main pasir khas (ada jual di kedai PETS) untuk dia mandi.

Itu sajalah untuk aku beritahu tentang apa yang aku dah lakukan pada Mojo dan Mimi. Aku bela hamster sebab aku tinggal apartment. Tak dibenarkan bela kucing, jadi untuk menghiburkan hati aku beli hamster. Lagipun kakak aku tak suka kucing.

Untuk sesiapa yang berminat atau ada terfikir nak bela hamster. Disini aku berikan URL untuk maklumat lanjut tentangnya.

www.hamsters.co.uk

http://www.petwebsite.com/hamsters/about_hamsters.htm

*Teringin nak bela husky dan harimau.

0 comments

KECEWA.

Aku rasa sangat kecewa dengan servis streamyx. Aku sebagai seorang pengguna yang sering berkerja menggunakan internet. Sangat-sangat kecewa dengan sistem streamyx. Rasa macam kena tipupun ada. Kenapa selalu sangat streamyx menghadapi masalah? Sedangkan ramai yang menggunakan streamyx. Sangat-sangat menginginkan servis yang baik. Tapi sebaliknya yang diberikan kepada pelanggan… hampa betul. Kalau perkara seperti ini berlanjutan. Mungkin kena cari alternatif sambungan internet yang lain. Takkan nak biarkan saja masalah yang kecil ini membawa kepada masalah yang lain. Hanya kerana nak setia pada orang yang selalu membawa masalah, kita terpaksa menanggung masalah yang baru.

0 comments

SMALLVILLE MUSIM 5

Setelah sekian lama menunggu. Akhirnya TV3 siar juga Smallville musim 5. tak perlulah aku memeningkan kepala nak memikir membeli DVDnya.


Rindu betul nak melihat senyuman manis Allison Mack (Chloe). Semalam tengok senyuman dia membuatkan aku cair. Ahhhh~ manis sungguh senyuman dia…

Apa, kenapa aku tak memilih Kristin Kreuk (Lana Lang)?

Ala… setiap orang, lain pandangannya… kata orang tua, lain padang… lain belalang.

Lagi satu yang menarik perhatian aku tentang Smallville adalah Erica Durance (Lois). Aku suka melihat kelincahannya.

1 comments

KU DARAH MANDAILING

Istilah baku Mandailing juga dieja seperti Mengdelling, Mandahiling, Mendeheleng, Mandheling, Mandiling, Mandaling, Mendeleng, dll.. Dari segi sejarah, orang Mandailing melihat jati diri mereka sebagai kelompok etnis/bangsa yang terpisah dan berbeda/berlainan dari kelompok etnis Batak di Indonesia maupun Melayu di Malaysia.

Klasifikasi sensus yang mengkategorikan Mandailing sebagai Batak di Hindia Timur Belanda dibuat atas 'dasar menyendal/mencopet' untuk memisahkan Aceh dan Minangkabau yang Islam dari 'Tanah Batak', wilayah pemisah ciptaan pemerintah kolonial. Sementara di British Malaya, orang Mandailing dikategorikan sebagai Melayu semata-mata untuk 'kesenangan pentadbiran/administratif' yang pramatis.

Sangkalon adalah lambang keadilam dalam masyarakat Mandailing. Patung ini juga dipanggil si pangan anak si pangan boru (si pemakan anak lelaki, si pemakan anak perempuan), yang melambangkannya suatu sikap atau nilai budaya bahwa demi tegaknya keadilan anak kandung sendiri harus dibunuh kalau ternyata melakukan kesalahan yang menuntut hukuman itu. Dengan perkataan lain, keadilan tidak pilih kasih.

Resource MANDAILING

0 comments

GELARAN

Hari ni aku nak bercerita sedikit tentang nama gelaran, panggilan atau pena (apa-apa jelah!). Aku rasa semua ada nama gelaran atau samaran sendiri. Nama yang dipakai dalam keluarga atau kawan.

Nama pena yang aku sering gunakan ialah Iejal, tapi dalam sebutan ejal. Sebenarnya aku dapat nama ni dari awek aku. Awek aku dulu masa zaman sekolah menengah, dia perempuan cina. Biasalah, cinakan susah nak sebut ‘R’ dan ‘Z’ maka bila dia sebut nama aku Rizal jadi Lejal. Masa couple dengan dia dulu kira kontroversi jugaklah. Tapi cerita tentang dia aku ketepikan dulu, pasal aku nak ceritakan pasal nama dulu yer…

Mula-mula dari panggilan Lejal, lama-lama aku tukar panggilan jadi Iejal. Itu panggilan aku dikalangan sahabat cina aku. Kalau sahabat melayu pulak, selalunya mereka akan panggil aku Ustaz Rock. Entahlah mereka cakap aku ni lagak macam Ustaz, tapi dress-up macam rockers! Itu yang mereka gelar aku Ustaz Rock.

Ada juga dikalangan sahabat aku yang panggil aku Ladybird. Aku dapat gelaran tu masa mereka sibuk bercerita tentang kisah cinta. Mereka kata gelaran tu sesuai dengan aku. Kerana aku ni dalam percintaan seorang yang lembut dengan kekasih, romantik…(uweek! Loya tekak aku). Lagi satu dengan rupa aku yang lembut, jadi sesuai dipanggil Ladybird!

Kalau dikalangan orang kampung dan keluarga. Ramai yang panggil aku Adeq. Sebenarnya gelaran Adeq ni aku tak berapa gemar. Sebab buat aku rasa macam aku ni budak kecik pulak. Manakan tidak, sampaikan yang umur bawah dari aku pun panggil aku Adeq. Tapi biasa yang dah tahu aku ni lebih tua dari mereka, akan memanggil aku sebagai Abang Adeq.

Itulah antara gelaran-gelaran yang diberikan pada aku. Aku ni tak kisah orang nak bagi gelaran apa. Asalkan gelaran itu membawa maksud yang baik dan bukan dengan niat untuk menghina. Dan aku percaya masing-masing ada gelaran yang lebih menarik dari aku kan? Jadi kalau boleh kongsi-kongsi lah bersama. Tinggalkan nama gelaran korang dalam komen dengan sedikit sejarah gelaran korang. Paling tidak tinggalkan nama gelaran korang pun dah memadai.

3 comments

EK! EK?

Aku ni orang Kluang Johor. Bagi orang-orang yang berasal dari negeri Johor ada satu perkataan yang mereka akan selalu atau biasa sebut. Perkataan tersebut adalah 'EK'. Sebenarnya 'EK' ni slanga bagi 'EH' tapi entah macam mana orang Johor bila sebut bunyinya 'EK'. Misalnya… bila korang tanya sesuatu dengan orang johor, pasti dia akan menyebut perkataan 'EK?' sebagai satu medium melahirkan satu perasaan yang kurang pasti. Dalam erti kata lain 'EK' lebih kepada satu paradigma pertanyaan.

Senang cerita 'EK' ni seperti satu perkataan akhiran yang paling kerap disebut oleh orang Johor. Seperti juga orang Sabah yang menggunakan perkataan 'BAH' dalam akhiran sebutan ayat mereka.

0 comments

AL-BAQARAH

Surat Al Baqarah (سورة البقرة) terdiri atas 286 ayat dan tergolong surat madaniyah . Sebagian besar ayatnya diturunkan pada permulaan hijrah, kecuali ayat ke-281 yang diturunkan di Mina saat peristiwa Haji Wada' (ritual haji terakhir yang dilakukan Rasulullah). Surat ini merupakan surat terpanjang dalam Al Qur'an, ia dinamai Al Baqarah yang artinya sapi betina karena di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67 sampai dengan 74). Surat ini juga dinamai Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) karena memuat beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surat yang lain. Dinamai juga surat alif-laam-miim karena surat ini dimulai dengan huruf arab Alif-laam-miim.

Pokok-pokok isi

  1. Keimanan:
    Dakwah Islamiyah yang dihadapkan kepada umat Islam, ahli kitab dan para musyrikin.
  2. Hukum-hukum:
    Perintah mengerjakan shalat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qishash; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merusak mesjid; hukum mengubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah (masa menunggu bagi perempuan yanb baru ditinggal suaminya karena meninggal atau cerai), thalak (perceraian), khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar (mas kawin), larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.
  3. Kisah-kisah:
    Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil.
  4. Dan lain-lain:
    Sifat-sifat orang yang bertakwa; sifat orang-orang munafik; sifat-sifat Allah; perumpamaan-perumpamaan; kiblat, kebangkitan sesudah mati.

2 comments

MIMPI

Pagi aku kena mengetuai bacaan Yassin! Allah… bacaan bermula pada 10.25am lbih kurang. Sebenarnya pada mula aku menolak untuk mengetuai bacaan. Tapi kerana dah di tanggungjawabkan oleh bos, aku lakukan juga.

Bacaan dimulakan dengan Fatihah dulu. Bila mula saja bacaan Yassin, dalam beberapa baris lancar. Ini kerana aku ada menghafaz sedikit (sikit je!?). Bila masuk bahagian yang aku tak hafaz… bacaan aku mula tersekat-sekat. Kalaulah di rumah ketika ini, mungkin aku dah mengalirkan air mata. Baca Yassin merangkak-rangkak. Bukan tak tahu jawi, boleh baca jawi. Tapi aku tahu, sebutan aku tak betul. Tapi aku tekadkan juga, nasib baik dibantu oleh seorang kawan. Terima kasih aku ucap kat dia.

Mimpi, semua orang bermimpi kecuali yang dah jadi mayat. Pagi tadi aku pun bermimpi, aku rasa ini dah masuk kali ke2 aku bermimpi disuruh baca surah Al-Baqarah. Surah yang terpanjang tu! Ya aku mengaku, aku seorang yang pemalas. Kalau baca Al-Qur'an, Fatihah dan awal surah Baqarah tu jelah.

Kata tentang mimpi. Aku pernah bermimpi disuruh betulkan bacaan Fatihah aku. Dalam mimpi tersebut aku berdepan dengan seorang ustaz yang tak kelihatan wajahnya. Dia meminta aku membacakan Fatihah, aku baca… kemudian selepas aku selesai membaca dia meminta aku membetulkan bacaan aku. Selepas dia kata begitu terus aku tersedar dari tidur.

Aku pernah bermimpi bayangan hari kiamat. Pucat lesi aku bila tersedar dari tidur. Aku pernah bermimpi melihat bayangan kaabah berkilau keemasan di atas langit.

Kalau ikut saintis, mimpi ini bermaksud otak kita aktif. Dan juga ia terhasil kerana badan kita menerima rangsangan seperti sejuk atau panas. Contohnya kita akan mimpi perkara seram jika kita dalam kedaan sejuk. Dan ada juga sesetengah orang yang putus kawan kerana mimpi! Kita ni nak percaya mimpi kena juga tengok. Masa bila kita mengalami mimpi tersebut. Kalau waktu petang, mimpi-mimpi yang tak baik… itu semua hanya mainan tidur dan gangguan syaitan.

Bukan semua mimpi aku baik. Ada juga yang tak baiknya. Seperti aku bermimpi dikejar perempuan yang bermaksud akan datang buruk. Memangpun… aku ada mengalami perkara buruk selepas mimpi tersebut. Aku pernah bermimpi terselamat dari jatuh gaung, rupa-rupanya aku terlepas dari kesusahan.

Paling aku tak boleh lupa mimpi yang cukup terkenal dikalangan orang tua melayu kita. Mimpi didatangi ular yang selalu bermaksud dah dekat nak kahwin. Tapi aku sebaliknya, aku mimpi aku bertemu dengan seekor ular sawa yang cantik! Berwarna putih dengan tompok-tompoknya kuning, sawa albino! Dalam mimpi tersebut ular tersebut dalam kesusahan, banyak orang nak tangkap dia. Aku tak dapat tolong… aku hanya melihat saja dia lari disebalik orang-orang yang memegang parang. Rupa-rupanya ia alamat yang aku putus tunang…

2 comments

AKU ANAK BONGSU

Aku anak yang bongsu. Adik beradik aku semuanya dah besar-besar dan dah kahwin. Tinggal aku sahaja yang masih bujang. Masa aku kecil dan tinggal dikampung dengan orang tua aku di Kluang. Kadang kala aku akan membantu mak aku kat dapur, boleh dikatakan anak soleh lah. Ceh masuk bakul angkat sendiri aku ni.

Jadi aku pernah tanya satu soalan yang pelik masa aku kat dapur dengan mak aku. Masa tu aku tengah memasak ikan goreng jika aku tidak silap.

Aku: mak kalo lelaki menanyi kat dapur, kawin tua jugak ke mak?

Mak: entah, tak pernah mak dengar… kenapa plak ko tanya macam tu? Ko nak kawin perempuan tua? Ish!

Aku tersenyum kemudian aku hanya menjawab… ‘ tak apalah mak, kalo perempuan tua tu cantik… kaya… baik… macam Normala Shamsuddin tu’ aku jawab macam tu sebab masa tu aku cukup sukakan Normala dan semasa itu pula Normala janda (maaf Datuk Azmi).

Lepas mak aku dengar jawapan aku macam tu. Punyalah dia angin dengan aku. Siap dia jawab, seandai apa yang aku cakap tu menjadi. Dan kalau aku bawa balik Normala, dia tak mahu izinkan aku dan Normala masuk kerumah dia! Aku ketawa bila lihat dan dengar mak yang angin dengan aku ketika itu.

‘ish… ei… apa yang cantik Normala tu? Ko tak malu? Ko nak jadi macam drama Mentua Oh Menantu?’ mak membebel memarahi aku. Marah betul dia dengan jawapan aku tu. Pasal dia tahu kalau aku bertanyakan sesuatu, aku bersungguh-sungguh.

Kemudian aku lagi menambahkan angin mak aku. Saja nak bergurau dengannya. Aku menyanyi depan kuali sambil mengolek-golek ikan goreng. Mak marah! Hahahaha…

Tapi apa yang paling aku tak boleh lupakan. Bila semasa aku dapat tahu Normala kahwin dengan Datuk Azmi! Aku frust menonggeng… siap aku cakap dekat mak. Aku kecewa tak sempat nak meminang Normala. Hahahaha…. Kemudian mak memadankan muka aku sambil gelakkan aku. Tak cukup dengan mak, kakak aku pun turut serta mentertawakan aku.

2 comments

SENGAL AYAM

2 comments