TRANSFORMERS MORE MEET THAN EYES
12.30pm, baru aku nak melelapkan mata. Telefon aku berbunyi, tertera nama rakan aku. Pada mulanya aku fikir malas nak jawab, pasal aku dah nak tidur. Lagipun aku ingat dia telefon nak bertanyakan tentang permainan futsal, kerana sebelum ini aku berjanji untuk main futsal malam tersebut. Tapi aku jawab juga panggilannya.
Aku: hello…
Wan: ha.. hello… Iejal, aku nak ajak ko tgk TF ni…
Aku: aku mana ada duit wan…
Wan: takpe aku dah beli tiket… aku belanja ko tgk.
Aku: pukul berapa?
Wan: 12.45pm, aku tunggu ko kat midvalley ni. Kat GSC.
Aku: 12.45pm? ok kjap lagi aku sampai.
Damn! Aku tgk jam dah 12.35pm. Aku kena cepat, mula-mula akak aku nak ikut. tapi lepas tu dia tak jadi ikut, sambil tu dia tanya aku sempat ke aku sampai kesana pada masanya. Aku keluar rumah, lari ke motor… berdesup cahaya aku bawak motor aku. Sampai! Terus aku naik ke tingkat tiga sambil belari, hampir-hampir nak terjatuh juga lah aku.
Kami masuk panggung no 4. Perasaan aku semakin teruja! Aku bakal menonton sebuah filem yang hebat. Filem bermula… fuh dashyat CGI dia! Jalan cerita agak pantas dan mendebarkan. Banyak yang tak tersangka dalam filem ni. Kelakar ada, sedih ada dan aksi tak perlu cakaplah. Bila babak antara Autobots dan Decepticons berlawan, aku rasa bagaikan manusia dah tak ada harapan untuk hidup. Manakan tidaknnya, dah lah alien tu semua besi-besi. Tapi nasib baik manusia dapat tahu kelemahan mereka dimana… apapun, siapa yang belum menonton. Baik pergi, lagi baik tengok wayang filem ni dari tunggu DVD.
2 comments:
-
aha..lama tak baca blog iejal..dh pindah upanya...tergelak baca entry 'interview' tu..iejal ni indah rupa dari khabar la?aha..
apapun tahniah atas pekerjaan baru :)
-
entahlah kak... slalu mcm tu. Orang yg slalu tgk iejal utk 1st time. Mesti ckp camtu, psl kat gambar mmg lain sgt.