MAKCIK BUSY BODY

Aku selalu di salah anggap sebagai perempuan. Sebab wajah aku yang bishie (seakan perempuan) ewahhh… contohnya…

Kawan mak aku datang kerumah nak order kuih dengan mak aku. Mula-mula mak aku dgn kwn dia berbual pasal kuih yang nak dibuat. Kemudian secara perlahan beralih topik ttg kerjaya anak. Aku yang duk kat tepi mak aku hanya diam, pasal aku masa tu jobless, tanam anggur. Aku malas nak layan, aku hanya khusyuk tonton majalah tiga yg ngah duk papar psl isu permainan alat kawalan jauh.

Kwn mak aku tu kemain semangat bercerita ttg kerja kerajaan ni. Duk ckp sipolan ni dah pakai keterlah, sipolan ni plak dah beli rumahlah. Kendian dia ceritalah psl seorang budak perempuan (kenalan aku) ni yg kerja dgn tentera dah pakai kereta. Kemudian dengan pandang aku dia ckp…

Makcik busy body: kalo ko keje mcm dia, mesti dah pakai keter. Mcm anak pokcik den tuh…

Mak aku hanya pandang je aku yg duk kat kusi malas…

Kemudian aku pun jawablah…

Aku: ala makcik, sy kenal budak pompuan tu… kwn sekolah sy.

Makcik busy body: eh… anak kak besah ni, lelaki ke perempuan?? (Sambil mengerut dahi dan menajamkan mata meneliti aku dari kepala hingga ujung kaki).

Mak aku: lelaki! Dia ni mmg dari kecik, org selalu ingat dia perempuan. Pasal muka dia lembut.

Makcik busy body: eh…. Lelaki?? Muka ngan kaki macam perempuan jek… tp mmg sora ko aku dgr sora lelaki.

Aku masa tu pakai seluar panjang, sbb aku krg suka pakai seluar pendek. Aku hanya tersenyum aje dgr bebelan makcik busy body tu, malas nak layan makcik busy body tuh…

*Sungguh gitu, aku bukan adik-adik.

0 comments: