FILEM MELAYU
Di kedai burger, aku dan Hisyam sedang menikmati burger dengan secawan the. Tengah berbual sesama sendiri, terdengarlah suara dari rancangan tv siaran astro. Disebabkan kami duk ditempat yg agak terlindung, jadi tak nampaklah kaca tv tu… hanya dpt mendgr suaranya saja. Kami pun mula meneka-neka, apa cerita lah yg dimainkan tu. Punyalah teka-teka dgn pelbagai tajuk, sekali dgr dari filem tu ada bunyi motor yang bingit sedang berlumba. Secara tak langsung dah dptlah teka apa ceritanya. Entah mcm mana…
Hisyam: aku susah betul nak layan cerita melayu ni. Tak havoc macam cerita omputih…
Aku: ala… nak buat mcm mana… budget ciput..
Hisyam: sekurang-kurangnya kreatiflah sikit… at least, mcm filem ‘jgn pdg… blakang…’ (Sambil menoleh-noleh kebelakang.)
Aku: yelah… bole thn seram citer tuh. Kalo nak banding dgn yg hantu mekap tu… sengal, hantu pi bikin cantik-cantik. Apa ke he? Tapi aku bukan apalah… ada satu filem melayu tu mmg sampai skunk best gila dan dasyhat…
Hisyam: filem apa tu….?
Aku: ala… yg ada alien-alien serang bumi tu….
Hisyam mengerutkan dahinya… ‘XX-R…
Aku: bukan yang tu… ala… war of the worlds…
Hisyam: wak lu… war of the worlds filem melayu… hampeh…