PAKAI NIAT

Aku ingat lagi masa aku belajar subjek multimedia di Cosmopoint. Ada sekali tu didalam kelas Cik Norharita pensyarah untuk subjek Multimedia. Kami sekelas berbincang tentang teknologi sekarang ni. Bincang punya bincang tentang teknologi yang semakin berkembang Cik Norharita pun cakap…

Cik Ita: walaupun semakin berkembang teknologi. Manusia masih lagi tak puas hatikan?

Aku: mana kan idaknya Cik, manusia ni kalau boleh… nak pakai niat jek…

Cik Ita: pakai niat, mcm mana tu?

Aku: ala…. Mcm tgh buat kerja pakai komputer. Nak save kerja, juz niat je… Save kerja… trus je komputer save kerja….

Kawan aku pun mencelah.

Tompel: sekali terniat off komputer… habis semua kerja tak sempat save…

Semua terus bantai gelak… dengan Cik Ita sekali pun ketawa.



3 comments

AKU ORANG KAYA!

Aku: Adik pam 5 bagi RM8…

Budak Kaunter: Bang skrg ada promosi, kalo abg isi RM 40.00 boleh beli kereta mainan ni dengan harga RM 3 lebih saja.

Aku mengerutkan dahi, sambil memandang muka budak tu dengan seriusnya. Bersemangat betul budak ni nak mempromote kereta mainan ni? Kemudian aku dengan penuh konfidennya menjawab.

Aku: Awak nak saya buat apa dengan petrol RM 40.00 tu? Buat basuh motor??

Budak Kaunter: hehehe…

0 comments

TRANSFORMERS MORE MEET THAN EYES

12.30pm, baru aku nak melelapkan mata. Telefon aku berbunyi, tertera nama rakan aku. Pada mulanya aku fikir malas nak jawab, pasal aku dah nak tidur. Lagipun aku ingat dia telefon nak bertanyakan tentang permainan futsal, kerana sebelum ini aku berjanji untuk main futsal malam tersebut. Tapi aku jawab juga panggilannya.

Aku: hello…

Wan: ha.. hello… Iejal, aku nak ajak ko tgk TF ni…

Aku: aku mana ada duit wan…

Wan: takpe aku dah beli tiket… aku belanja ko tgk.

Aku: pukul berapa?

Wan: 12.45pm, aku tunggu ko kat midvalley ni. Kat GSC.

Aku: 12.45pm? ok kjap lagi aku sampai.

Damn! Aku tgk jam dah 12.35pm. Aku kena cepat, mula-mula akak aku nak ikut. tapi lepas tu dia tak jadi ikut, sambil tu dia tanya aku sempat ke aku sampai kesana pada masanya. Aku keluar rumah, lari ke motor… berdesup cahaya aku bawak motor aku. Sampai! Terus aku naik ke tingkat tiga sambil belari, hampir-hampir nak terjatuh juga lah aku.

Kami masuk panggung no 4. Perasaan aku semakin teruja! Aku bakal menonton sebuah filem yang hebat. Filem bermula… fuh dashyat CGI dia! Jalan cerita agak pantas dan mendebarkan. Banyak yang tak tersangka dalam filem ni. Kelakar ada, sedih ada dan aksi tak perlu cakaplah. Bila babak antara Autobots dan Decepticons berlawan, aku rasa bagaikan manusia dah tak ada harapan untuk hidup. Manakan tidaknnya, dah lah alien tu semua besi-besi. Tapi nasib baik manusia dapat tahu kelemahan mereka dimana… apapun, siapa yang belum menonton. Baik pergi, lagi baik tengok wayang filem ni dari tunggu DVD.

2 comments

Bekas juara WWE bunuh anak, isteri

Polis dedah Chris Benoit gantung diri selepas tragedi

FAYETTEVILLE: Penggusti profesional, Chris Benoit, isteri dan anak lelakinya ditemui mati dan polis mengesyaki kematian disebabkan pembunuhan dan bunuh diri.

Lt Tommy Pope dari Jabatan Sherif Fayette County berkata, ketiga-tiga anggota sekeluarga itu dijumpai di rumah mereka kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, tetapi enggan mendedahkan maklumat lebih lanjut.

Pope berkata, keputusan bedah siasat Chris Benoit, isterinya Nancy dan anak lelakinya berusia 7 tahun, Daniel dijangka diketahui tidak lama lagi.

Benoit, 40, adalah bekas juara dalam kategori ‘heavyweight’, ‘intercontinental’ selain memegang beberapa kejuaraan berkumpulan sepanjang kerjayanya. Beliau muncul dalam acara dianjurkan World Wrestling Entertainment (WWE).

“WWE mengucapkan takziah dan doa kepada keluarga Benoit, saudara mara dan mereka yang tersayang dalam menghadapi tragedi ini,” kata persekutuan itu dalam kenyataan menerusi laman web.

Benoit dijadualkan beraksi dalam acara tonton dan bayar “Vengeance” malam Ahad lalu di Houston, tetapi digantikan pada saat akhir oleh pengacara Jim Ross yang memberi ‘alasan peribadi.’

Benoit yang berasal dari Kanada, menetap di Atlanta sejak beliau mula bergusti dalam World Wrestling Federation (WWF) yang tidak wujud lagi.

WWE membatalkan siaran langsung ‘Monday Night RAW’ di Corpus Christi, Texas, dan USA Network menyiarkan rancangan penghormatan selama tiga jam kepada Benoit sebagai menggantikan siaran langsung perlawanan gusti itu.

Rumah juara gusti itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 55 meter dari jalan raya selain dikelilingi tembok dan pintu besi.

Pada malam Isnin lalu, rumah itu gelap kecuali beberapa lampu kecil di luar dipasang. Sebuah kereta polis dan dua anggota polis dilihat di situ.

Sumber: Berita Harian

0 comments

TEMUDUGA

Aku pergi temuduga disalah sebuah syarikat yang sekarang ni dah pun ambik aku jadi pekerja. Dan ini lah pertama kali aku pergi temuduga untuk sebuah syarikat sampai dua kali! Masa temuduga pertama aku ditemuduga dgn bos lelaki. Untuk temudga kedua pulak aku kena temuduga dgn bos perempuan. Dengan bos perempuan ni yg kelakar skit.

‘Awak Rizal, yang mintak sbg grafik?’ tny Puan kpd aku. Aku hny mengangguk. Dia sambil tu mencari fail borang yg aku dah isi sebelum ini. Tiba-tiba… ‘eh betul ke awak ni Rizal?’ Tanya Puan sambil mengerutkan dahi memandang tepat wajah aku sambil berkali-kali memandang gambar yg terdpt pada borang. Aku hanya menangguk dan meniyakan pertanyaan dia. ‘gambar lain, tgk orang lain… tgk orgnya cantik…?’ Puan dgn gayanya yg masih sukar nak percaya…. Last-last, puan mintak no telefon kakak aku. Bukan apa, nak kepastian aje. Aku pun tertanya-tanya jugak, apa lain bebenor ke muka aku dlm gambar tu?

0 comments

MAKCIK BUSY BODY

Aku selalu di salah anggap sebagai perempuan. Sebab wajah aku yang bishie (seakan perempuan) ewahhh… contohnya…

Kawan mak aku datang kerumah nak order kuih dengan mak aku. Mula-mula mak aku dgn kwn dia berbual pasal kuih yang nak dibuat. Kemudian secara perlahan beralih topik ttg kerjaya anak. Aku yang duk kat tepi mak aku hanya diam, pasal aku masa tu jobless, tanam anggur. Aku malas nak layan, aku hanya khusyuk tonton majalah tiga yg ngah duk papar psl isu permainan alat kawalan jauh.

Kwn mak aku tu kemain semangat bercerita ttg kerja kerajaan ni. Duk ckp sipolan ni dah pakai keterlah, sipolan ni plak dah beli rumahlah. Kendian dia ceritalah psl seorang budak perempuan (kenalan aku) ni yg kerja dgn tentera dah pakai kereta. Kemudian dengan pandang aku dia ckp…

Makcik busy body: kalo ko keje mcm dia, mesti dah pakai keter. Mcm anak pokcik den tuh…

Mak aku hanya pandang je aku yg duk kat kusi malas…

Kemudian aku pun jawablah…

Aku: ala makcik, sy kenal budak pompuan tu… kwn sekolah sy.

Makcik busy body: eh… anak kak besah ni, lelaki ke perempuan?? (Sambil mengerut dahi dan menajamkan mata meneliti aku dari kepala hingga ujung kaki).

Mak aku: lelaki! Dia ni mmg dari kecik, org selalu ingat dia perempuan. Pasal muka dia lembut.

Makcik busy body: eh…. Lelaki?? Muka ngan kaki macam perempuan jek… tp mmg sora ko aku dgr sora lelaki.

Aku masa tu pakai seluar panjang, sbb aku krg suka pakai seluar pendek. Aku hanya tersenyum aje dgr bebelan makcik busy body tu, malas nak layan makcik busy body tuh…

*Sungguh gitu, aku bukan adik-adik.

0 comments

FILEM MELAYU

Di kedai burger, aku dan Hisyam sedang menikmati burger dengan secawan the. Tengah berbual sesama sendiri, terdengarlah suara dari rancangan tv siaran astro. Disebabkan kami duk ditempat yg agak terlindung, jadi tak nampaklah kaca tv tu… hanya dpt mendgr suaranya saja. Kami pun mula meneka-neka, apa cerita lah yg dimainkan tu. Punyalah teka-teka dgn pelbagai tajuk, sekali dgr dari filem tu ada bunyi motor yang bingit sedang berlumba. Secara tak langsung dah dptlah teka apa ceritanya. Entah mcm mana…


Hisyam: aku susah betul nak layan cerita melayu ni. Tak havoc macam cerita omputih…

Aku: ala… nak buat mcm mana… budget ciput..

Hisyam: sekurang-kurangnya kreatiflah sikit… at least, mcm filem ‘jgn pdg… blakang…’ (Sambil menoleh-noleh kebelakang.)

Aku: yelah… bole thn seram citer tuh. Kalo nak banding dgn yg hantu mekap tu… sengal, hantu pi bikin cantik-cantik. Apa ke he? Tapi aku bukan apalah… ada satu filem melayu tu mmg sampai skunk best gila dan dasyhat…

Hisyam: filem apa tu….?

Aku: ala… yg ada alien-alien serang bumi tu….

Hisyam mengerutkan dahinya… ‘XX-R…

Aku: bukan yang tu… ala… war of the worlds…

Hisyam: wak lu… war of the worlds filem melayu… hampeh…

0 comments