MENYAMAR DOKTOR SAKIT PUAN
SAN SEBASTIAN (Sepanyol): Sepandai-panai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor sakit puan.
Jose Luis Fernandes Rivas dituduh menyamar sebagai doktor pakar dan merawat lebih 10,000 wanita selama 14 tahun meskipun tidak pernah lulus peperiksaan perubatan.
Fernandez mula bertugas dihospital wilayah Guipozcoa pada 1979.
"Saya hanya melakukan pembedahan kecil. Yang rumit dilakukan oleh doktor lain," katanya.
Fernandez tidak pernah memberitahu isterinya, seorang doktor berkelayakan yang meninggalkanya selepas kegiatan suaminya didedahkan.
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)