BAYAR METER KENA SAMAN
TEHERAN: Polis trafik Iran yang marah kerana tidak diajak berunding mengenai pemasangan meter baru di tempat letak kereta, memberitahu pengguna supaya tidak memasukkan wang ke dalam mesin itu.
"Pemandu Teheran diminta jangan memasukkan wang dalam mesin baru itu yang dipasang di tepi jalan raya ibu kota," menurut kenyataan polis.
Tiada siapa akan didenda jika tidak memasukkan wang dalam meter baru itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Menurut seorang pakar lalu lintas, mesin bermeter baru itu tidak mematuhi syarat polis.
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)