POSKAD TIBA LEWAT 16 TAHUN

TOKYO: Sekeping poskad yang dihantar seorang tentera Jepun dari Burma ketika Perang Dunia Kedua hanya diterima rakannya 64 tahun kemudian selepas ia disampaikan pelajar pertukaran Jepun yang menerimanya dari keluarga tentera Amerika Syarikat yang menyimpannya.

Kad itu diedar dari Burma ke Nagasaki, Arizona dan Hawaii sebelum sampai ke tangan Shizuo Nagano, 80, di selatan Kcohi.

Poskad itu ditulis oleh Nobuchika Yamashita yang pernah bekerja bersama Nagano di kedai runcit sebelum beliau menyertai tentera.

Ia diserah oleh pelajar Universiti Wanita Mukogawa, Yuko Kojima, 20, minggu lalu.

"Saya tak pernah bermimpi menemuinya dengan cara ini," kata Nagano.

Poskad itu bertarikh 16 Febuari 1943. Yamashita bertanya khabar dan menceritakan cuaca Burma yang panas kepada Nagano dalam kad itu.

Yamashita meninggal dunia selepas jatuh sakit pada November 1994 di Burma.


*lepas ni nanti gamaknya ada orang buat filem mengenainya...

0 comments: