BAYAR METER KENA SAMAN

TEHERAN: Polis trafik Iran yang marah kerana tidak diajak berunding mengenai pemasangan meter baru di tempat letak kereta, memberitahu pengguna supaya tidak memasukkan wang ke dalam mesin itu.

"Pemandu Teheran diminta jangan memasukkan wang dalam mesin baru itu yang dipasang di tepi jalan raya ibu kota," menurut kenyataan polis.

Tiada siapa akan didenda jika tidak memasukkan wang dalam meter baru itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Menurut seorang pakar lalu lintas, mesin bermeter baru itu tidak mematuhi syarat polis.

0 comments

MABUK PUNYA PASAL

DUBAI: Seorang tukang cat warga India berusia 26 tahun dipenjara sebulan kerana memandu dengan cara berundur dalam keadaan dia mabuk.

Tindakannya itu menyebabkan pintu sebuah rumah runtuh.

Makamah Dubai turut mendendanya RM2,500 kerana mengunakan kereta itu tanpa izin dan lesen.

Sementara itu, pemandu pelancong, KD, 19, dipenjara empat bulan dan diarah membayar wang darah berjumplah RM365,000 kepada dua warga Russia yang terbunuh akibat kecuaiannya ketika memandu.

0 comments

POSKAD TIBA LEWAT 16 TAHUN

TOKYO: Sekeping poskad yang dihantar seorang tentera Jepun dari Burma ketika Perang Dunia Kedua hanya diterima rakannya 64 tahun kemudian selepas ia disampaikan pelajar pertukaran Jepun yang menerimanya dari keluarga tentera Amerika Syarikat yang menyimpannya.

Kad itu diedar dari Burma ke Nagasaki, Arizona dan Hawaii sebelum sampai ke tangan Shizuo Nagano, 80, di selatan Kcohi.

Poskad itu ditulis oleh Nobuchika Yamashita yang pernah bekerja bersama Nagano di kedai runcit sebelum beliau menyertai tentera.

Ia diserah oleh pelajar Universiti Wanita Mukogawa, Yuko Kojima, 20, minggu lalu.

"Saya tak pernah bermimpi menemuinya dengan cara ini," kata Nagano.

Poskad itu bertarikh 16 Febuari 1943. Yamashita bertanya khabar dan menceritakan cuaca Burma yang panas kepada Nagano dalam kad itu.

Yamashita meninggal dunia selepas jatuh sakit pada November 1994 di Burma.


*lepas ni nanti gamaknya ada orang buat filem mengenainya...

0 comments

BURUNG MENARI IKUT RENTAK BAND-BOY

SCHERERVILLE, Ind - Seekor burung jenis Cocktail, amat meminati lagu judul "Everybody" yang pernah dipopularkan oleh Band-boy (Backstreet's Back) sehingga membuatkannya menari ikut rentak lagu tersebut.

Video Snowball, 11tahun sedang rancak menari.

0 comments

BAHANA KENTUT

Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung. "Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan orang lain. Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut, 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story : Elakkanlah kentut merata-rata.

Ingatlah orang-orang yang tersayang!!

Kredit to ISU HANGAT

0 comments

MENYAMAR DOKTOR SAKIT PUAN

SAN SEBASTIAN (Sepanyol): Sepandai-panai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor sakit puan.

Jose Luis Fernandes Rivas dituduh menyamar sebagai doktor pakar dan merawat lebih 10,000 wanita selama 14 tahun meskipun tidak pernah lulus peperiksaan perubatan.

Fernandez mula bertugas dihospital wilayah Guipozcoa pada 1979.

"Saya hanya melakukan pembedahan kecil. Yang rumit dilakukan oleh doktor lain," katanya.

Fernandez tidak pernah memberitahu isterinya, seorang doktor berkelayakan yang meninggalkanya selepas kegiatan suaminya didedahkan.

0 comments