MEROMPAK GUNA DARAH

WELLINGTON: Seraong perompak yang bersnjatakan jarum suntikan berisi darah, melarikan wang sejumlah NZ$2,000 dari sebuah bank di New Zealand.

Televisyen New Zealand (TVNZ) melaporkan lelaki berkenaan memperoleh wang itu dengan mengancam tiga kakitangan dengan jarum itu.

Pekerja yang bimbang darah dalam jarum suntikan dicemari Aids, menyerahkan wang itu.

Anggota Skuad Pertahanan Bersenjata mengeledah rumah lelaki yang disyaki itu di bandar Christchurch, Pulau Selatan, tetapi gagal mengesannya.

TVNZ berkata, ini adalah kali pertama teknik berkenaan digunakan bagi merompak di New Zealand.

*yelah, cuba rompak pontianak pakai darah??

4 comments:

  1. Anonymous said,

    Hakhak...
    darah tu die rompak dari pontianak la...
    br die g rompak bank..
    kahkah...

    on September 6, 2007 at 8:52 AM


  2. iejal said,

    yelah tuhhh.... >:p

    on September 6, 2007 at 11:05 AM


  3. kakLuna said,

    senang la nk pintas camtu...picagari bukannya berat sangat...panggil sorang spiderman pun buleh tarik dari jauh...yeayy selamat dr rompakan di new zealand :)

    on September 6, 2007 at 5:18 PM


  4. iejal said,

    aah ek...? masa tu peter blum kene gigit ngan spider kut??

    on September 10, 2007 at 11:37 AM