SALAH POTONG

TAMPA: Pihak berkuasa kesihatan Florida mengantung perkhidmatan seorang doctor selama enam bulan dan mendendanya AS$10,000 (RM25,000) kerana tersilap memotong kaki seorang pesakit dalam satu pembedahan.

Lembaga Perubatan Florida juga memberikan surat teguran rasmi kepada Dr Rolando Sanchez.

Beliau diletakkan dalam pengawasan seorang lagi pakar bedah selama dua tahun dan dikehendaki menghadiri kelas ‘pendidikan pengurusan risiko’.

“keputusan menghantarnya ke kelas itu satu tindakan tepat” kata Dr Fred Reddy iaitu bekas presiden Persatuan Perubatan Hillsborough County.

0 comments: