LELAKI BAWA MASUK BUAYA DAN ULAR ATAS KAPAL TERBANG

Hampir menyerupai filem hollywood iaitu “Snake on a Plane” Seorang lelaki ditahan di lapangan terbang Cairo sebelum berlepas ke Arab Saudi, kerana didapati beg yang dibawanya mengandungi ular-ular hidup dan juga beberapa ekor anak buaya dan juga cicak eksotik(chameleons).

Pasukan keselamatan mengesyaki tertuduh lelaki Saudi 22tahun tersebut apabila beg yang dibawanya diperiksa dengan mengunakan sinar-x memberikan visual yang meragukan. Apabila mereka membuka beg tertuduh, apa yang mereka temui adalah sungguh memeranjatkan. Beg tersebut penuh dengan reptilia termasuk dengan seekor ular tedung berbisa yang cuba keluar apabila beg tersebut dibuka.

Kesemua reptilia tersebut dirampas dan dihantar ke Zoo Cairo, namun tertuduh tidak ditahan dan dibenarkan pulang.

Penyeludupan keluar binatang adalah salah disegi undang-undang dinegara Egypt. Namun tertuduh tersebut mengatakan ia tidak mengetahui tentang undang-undang tersebut. Tertuduh juga memberitahu polis bahawa universiti di Negara Saudi memerlukan reptilia-reptilia tersebut untuk melakukan kajian keatas reptilia tersebut.

Pada bulan Mei, juga seorang lelaki Saudi ditangkap kes yang sama. Lelaki Saudi tersebut ingin menyeludup hamper 700 ular hidup. Dia memberitahu pihak keselamatan Cairo, ular tersebut selalunya dibawa ke Saudi untuk dijadikan binatang peliharaan.

0 comments: