PENUKARAN KONSEP

Dalam masa terdekat ini konsep blog ini akan aku tukarkan. Cerita-cerita mengenai kehidupan seharian aku akan jarang-jarang aku masukkan. Sebab tiada apa yang menarik sangat, melainkan seharian aku berkerja dan mengacau aweks sahaja. Hahaha!

Konsep kali ini akan jangkakan akan menarik ramai pengunjung untuk memasuki blog aku. Insya'Allah... Aku harap ia akan dapat mengembalikan kegemilangan webblog dikalangan orang melayu kita. Sebab aku tengok melayu kita ni hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebelum ini ramai blogger melayu. Tapi la-ni leh bilang dengan jari. Kalau adapun lebih banyak penciplak dari pencipta artikel. Semua pasal nak jual iklan sahaja. Aku tak salahkan kalau nak jual iklan sebab aku pun jual iklan melalui blog. Bagus berusaha mencari duit sampingan. Tapi biarlah blog anda tu berasas. Bukannya terisi dengan artikel sampah! Yang kadang-kala jauh dari kebenaran.

Tajuk bagi blog aku pun akan ditukar. Bukan lagi dipanggil A.P.PL. Tapi buat masa ini aku takde idea nak tukar tajuk apa? Kalau pengunjung ada idea, kongsi lah dengan aku. Nanti aku akan kreditkan nama atau blog anda. Konsep yang aku akan bawa dalam blog aku adalah kisah-kisah pelik atau berita mencuit hati seanterio dunia! Yeah!

0 comments: