ULAR TERSILAP TELAN BOLA GOLF DISANGKA TELUR

BRISBANE: Seekor ular tersilap menelan empat bola golf yang disangkanya telur ayam menyebabkan doktor melakukan pembedahan bagi menyelamatkan haiwan itu.

Sepasang suami isteri meletakkan bola itu dalam reban ayam mereka di Nobbys Creek di New South Wales untuk menggalakkan ayam betina bertelur.

Mereka mendapati ‘telur’ itu hilang dan seekor ular sawa terbaring berhampiran reban itu, bulan lalu.

Mereka membawa ular sepanjang 80 sentimeter itu ke Pusat Perlindungan Haiwan Liar Currumbin, di mana doktor haiwan kanan Michael Pyne menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bola golf itu.

0 comments: