DIBAHAM HARIMAU
INDIA: Seorang lelaki telah diserang dengan dua ekor harimau di Zoo Guwahati India pada 19 Dec 2007. Lelaki tersebut yang cuba mengambil gambar seekor harimau bengal di Zoo tersebut telah menerima padah apabila disambar dan dibaham (seperti chewing gum) oleh dua ekor binatang tersebut. Lelaki tersebut disahkan mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah ditangan dan kepala.
Sumber berita Yahoo News!
Sumber gambar Internet.Tanpa.Batasan.
*Lain kali nak ambil gambar harimau, pastikan kamera anda boleh zoom-in ok?
ULAR TERSILAP TELAN BOLA GOLF DISANGKA TELUR
BRISBANE: Seekor ular tersilap menelan empat bola golf yang disangkanya telur ayam menyebabkan doktor melakukan pembedahan bagi menyelamatkan haiwan itu.
Sepasang suami isteri meletakkan bola itu dalam reban ayam mereka di Nobbys Creek di New South Wales untuk menggalakkan ayam betina bertelur.
Mereka mendapati ‘telur’ itu hilang dan seekor ular sawa terbaring berhampiran reban itu, bulan lalu.
Mereka membawa ular sepanjang 80 sentimeter itu ke Pusat Perlindungan Haiwan Liar Currumbin, di mana doktor haiwan kanan Michael Pyne menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bola golf itu.