ANJING KORBAN DIRI SELAMAT TUAN

CARTER LAKE, Iowa: Bryan Smith, mempunyai gambar anjingnya yang sentiasa diletakkan pada poket koceknya bagi memperingati anjingnya itu yang telah mengorbankan diri bagi menyelamatkan beliau dari ancaman mati akibat kebakaran rumah.

Semasa kejadian kebakaran tersebut berlaku, pada hari selasa malam. Anjingnya Storm telah melompat keatas badannya ketika ia tidur sebagai isyarat amaran yang rumahnya mengalami kebakaran.

Kemudian Smith yang tersedar, terus mengambil selimutnya dan membasahinya untuk dijadikan topeng sebagai penapis pernafasan kerana asap tebal akibat kebakaran. Dia terus mengambil anak anjing yang bernama Daisy sementara dia sudah melihat yang Storm telahpun keluar dari bilik tersebut apabila melihat dia bangun.

Namun itulah kali terakhir dia melihat Storm.

Smith yang telah membuat laporan kebakaran tersebut, tersedar yang Storm tiada diluar rumah yang terbakar tersebut.

Kemudian Smith juga membahayakan dirinya apabila cuba memasuki rumahnya yang terbakar tersebut bagi menyelamatkan Storm yang terperangkap didalam rumah itu. Namun dia sendiri hampir kehilangan nyawa apabila dihempap runtuhan rumah tersebut tapi berjaya diselamatkan oleh ahli bomba.

Smith yang merasa terharu dan sedih dengan kematian Storm, menceritakan semula tentang pertemuan dia dengan anjing tersebut. Dia menjumpai dan menyelamatkan anjing tersebut 7 tahun lepas dari seorang pemilik yang memberikan anjing tersebut makan sejenis bahan yang boleh menyebabkan kematian. Smith berpendapat, mungkin kerana itulah Storm membalas kembali budi Smith dengan menyelamatkan nyawa Smith.

1 comments:

  1. alahai sedihnye.. kesian anjing tu.. ntah2 tuan die pure2 je.. dah kelam kabut, Storm pun die lupekan..

    on December 11, 2007 at 9:32 PM