SEWA BALAI POLIS

SYDNEY: Kerajaan New South Wales di Australia mengkaji cadangan menjual semua balai polis sebelum menyewanya semula dalam usaha menambah hasil keewangan negeri.

Cadangan itu yang dikemukakan oleh FAI Insurances Ltd, kini dalam kajian kerajaan negeri itu.

"Ia memang dalam kajian, tetapi setakat ini, belum ada cadangan untuk melaksanakannya," kata jurucakap Menteri Polis New South Wales.

Pelan itu membabitkan penempatan semula beberapa balai polis di Sydney dan pembangunan semula tapaknya. Sydney kini mempunyai 100 balai polis.

*ada sesiapa nak sewa balai polis?

1 comments

MARCO POLO KAKI AUTA?

LONDON: Selama ini kita diberitahu Marco Polo adalah antara orang Barat pertama ke China tetapi sebuah buku baru mendedahkan pengembara dari Venice itu tidak pernah menjejakkan kakinya di negara Timur Jauh berkenaan.

Marco Polo yang dikatakan mengunjungi China pada kurun ke-13, mungkin mengada-ngadakan cerita.

Ketua jabatan pengajian China, perpustakaan British, Dr Frances Wood, dalam bukunya yang baru diterbitkan, Did Marco Polo Go To China, mendakwa pengembara itu tidak pernah ke China dan ceritanya yang popular itu adalah palsu belaka.

Disebalik dakwaan berada 17tahun di China, Marco Polo gagal merakamkan pengalamannya.

*ini penipu besar ni!, tidakkk jony tertipu. Erk, sapa jony?

0 comments

ANJING KORBAN DIRI SELAMAT TUAN

CARTER LAKE, Iowa: Bryan Smith, mempunyai gambar anjingnya yang sentiasa diletakkan pada poket koceknya bagi memperingati anjingnya itu yang telah mengorbankan diri bagi menyelamatkan beliau dari ancaman mati akibat kebakaran rumah.

Semasa kejadian kebakaran tersebut berlaku, pada hari selasa malam. Anjingnya Storm telah melompat keatas badannya ketika ia tidur sebagai isyarat amaran yang rumahnya mengalami kebakaran.

Kemudian Smith yang tersedar, terus mengambil selimutnya dan membasahinya untuk dijadikan topeng sebagai penapis pernafasan kerana asap tebal akibat kebakaran. Dia terus mengambil anak anjing yang bernama Daisy sementara dia sudah melihat yang Storm telahpun keluar dari bilik tersebut apabila melihat dia bangun.

Namun itulah kali terakhir dia melihat Storm.

Smith yang telah membuat laporan kebakaran tersebut, tersedar yang Storm tiada diluar rumah yang terbakar tersebut.

Kemudian Smith juga membahayakan dirinya apabila cuba memasuki rumahnya yang terbakar tersebut bagi menyelamatkan Storm yang terperangkap didalam rumah itu. Namun dia sendiri hampir kehilangan nyawa apabila dihempap runtuhan rumah tersebut tapi berjaya diselamatkan oleh ahli bomba.

Smith yang merasa terharu dan sedih dengan kematian Storm, menceritakan semula tentang pertemuan dia dengan anjing tersebut. Dia menjumpai dan menyelamatkan anjing tersebut 7 tahun lepas dari seorang pemilik yang memberikan anjing tersebut makan sejenis bahan yang boleh menyebabkan kematian. Smith berpendapat, mungkin kerana itulah Storm membalas kembali budi Smith dengan menyelamatkan nyawa Smith.

1 comments

BERLARI ELAK MAUT

BEIJING: Seorang pekerja yang secara tidak sengaja terperangkap di dalam sebuah bilik sejuk, berlari semalaman bagi mengelakkan dirinya daripada ancaman maut.

Lelaki yang tidak dikenali dari bandar Yucheng, wilayah Shangdong, utara China itu kini semakin pulih.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lelaki berkenaan berlari supaya suhu badannya sentiasa panas selepas terkunci di dalam bilik sejuk itu. Dia pengsan kepenatan keesokan pagi sebelum ditemui oleh pekerja lain.

Agensi itu mengesa pihak berkuasa memasang alat kecemasan di tempat seperti itu supaya mereka yang terperangkap boleh mendapatkan bantuan.

*Kalau aku tak tahulah macam mana, pasal aku cepat menyerap sejuk

0 comments

PESAWAT MAKAN TUAN

SAN FRANCISCO: Bekas jurutera, Charles Cooke, 71, yang mengambil masa 18 tahun untuk menyiapkan pesawat buatan sendiri, terbunuh ketika melakukan penerbangan pertama dengan rekaannya itu.

Pengurus Lapangan Terbang Watsonville, Don French, berkata pesawat Cooke mengalami masalah beberapa saat selepas meninggalkan lapangan terbang itu sebelum merempuh sebuah bangsal dan terbakar.

Cooke mula membina pesawat itu di garaj rumahnya di pergunungan Santa Cruz, sejak tahun 1977, menggunakan pelbagai bahan serta enjin Volkswagen.

*Sesiapa nak buat kapal terbang sendiri, pakai enjin Ferarri!

0 comments