PENYU DUA KEPALA


NORRISTOWN, Pa. - Sebuah kedai 'pet store' telah membeli seekor penyu berkepala dua daripada seorang pemilik dan merancang untuk membela bagi tujuan pameran. Penyu itu yang berusia dua bulan, adalah kembar siam yang bersambung antara tengah-tengah badannya.

Ia mempunyai dua kepala terjulur daripada hujung bertentangan kulitnya, bersama dengan sepasang kaki hadapan di setiap bahagian.

Keadaan penyu itu dalam keadaan sihat, dan ia adalah spesis yang boleh hidup untuk 15 hingga 20 tahun, kata Jay Jacoby, pengurus Big Al Aquarium Supercenter dalam East Norriton. Namun penyu itu masih belum diberi nama.

Pihaknya enggan mendedahkan berapakah jumlah yang telah dibayar kepada pemilik asal penyu tersebut.


Serupa eksotik penyu pengumpul dijual Big Al lagi yang satu lagi menyimpan satu kembar Siam penyu kira-kira 20 tahun lepas, Jacoby berkata. Tinggal lelaki di Florida, kecuali dia menolak untuk mengenalpastinya.

Penyu eksotik seperti itu pernah dijual kepada Big Al Store pada 20tahun lepas, kata Jacoby. Lelaki itu tinggal di Florida.

3 comments

KAKI PALSU DIBAWA LARI

NEW YORK: Empat samseng bukan setakat membelasah seorang lelaki cacat, John Hammonds, 45, teteapi turut melarikan kaki palsunya di kawasan Bronx.

Bagaimanapun, kaki palsu Hammonds ditemui semula oleh abangnya dekat lereng bukit berhampiran landasan kereta api di situ.

Polis menahan tiga remaja dan seorang lelaki berusia 20 tahun kerana menumbuk dan menendang Hammonds, serta mengelar tangan dan kepalanya dengan pisau sebelum melarikan kaki palsunya.

"Seorang daripada menarik kaki palsu saya hingga tercabut. Dia kemudian tersenyum kepada rakan-rakannya. Mereka memang lia," kata Hammonds.

*Bronx memang terkenal dengan kegiatan samseng. Sebab tu masa dulu Jackie Chan nak buat filem "rumble in the bronx" di Bronx, tak jadi. Pasal kegiatan samseng di situ teruk.

2 comments

KEJUT ISTERI GUNA KAPAL TERBANG

MANCHESTER (England): Seorang juruterbang disoal siasat oleh pegawai lapangan terbang, selepas menimbulkan huru-hara apabila memandu pesawat pada paras rendah di sekeliling rumahnya di Congleton, di barat laut England.

Jurucakap Britannia Airways enggan mengulas llaporan bahawa juruterbang itu lalu di atas rumah barunya bagi mengejutkan isterinya, tetapi mengesahkan pesawat Boeing 767 itu tebang lebih rendah dari parasyang dibenarkan sebelum meneruskan penerbangan ke pulau peranginan Ibiza, Sepanyol.

Tugas kedua-dua juruterbang itu digantung sehingga siasatan selesai, kata jurucakap itu.

6 comments

BULAN RAMADHAN BULAN KESIBUKAN KU

Aku bukan taknak update aku punya blog. Tapi entah kenapa bulan ramadhan ni jadi bulan kesibukan aku pulak. Puan aku berikan aku kerja dengan duedate-duedate yang dekat-dekat. Esok nak hantar nak submit baru dia nak assign kat aku. Gamaknya dia ingat grafik department kat sini ada banyak staff designer kut? Padahal baru aku seorang aje.

Takpelah, yang penting aku dapat kejarkan kerja tu semua. Penat tu tak usah cakap lah. Apa yang paling penat sekali adalah kepala otak aku. Sampaikan tahap aku jumpa doktor, doktor kata aku mengalami tekanan. Sampai macam tu sekali tu. Aku pun naik gelak bila doktor cakap macam tu.

Apapun... sat lagi aku akan update cerita perihal dunia-dunia okey. Blog paranormal kena tunggu sat. Aku ngah menyusun cerita dia. Yaaaaa....

4 comments

MEROMPAK GUNA DARAH

WELLINGTON: Seraong perompak yang bersnjatakan jarum suntikan berisi darah, melarikan wang sejumlah NZ$2,000 dari sebuah bank di New Zealand.

Televisyen New Zealand (TVNZ) melaporkan lelaki berkenaan memperoleh wang itu dengan mengancam tiga kakitangan dengan jarum itu.

Pekerja yang bimbang darah dalam jarum suntikan dicemari Aids, menyerahkan wang itu.

Anggota Skuad Pertahanan Bersenjata mengeledah rumah lelaki yang disyaki itu di bandar Christchurch, Pulau Selatan, tetapi gagal mengesannya.

TVNZ berkata, ini adalah kali pertama teknik berkenaan digunakan bagi merompak di New Zealand.

*yelah, cuba rompak pontianak pakai darah??

4 comments