ORANG PERANCIS DIBENAR MERABA?

LONDON: Marcel Boisson mengaku mencabul kehormatan seorang wanita tetapi memberi alasan perkara itu dibenarkan kerana dia adalah lelaki Perancis.

Marcel Boisson adalah pelatih ski dan dibicarakan oleh makamah York, di bahagian utara England.

Peguam bela Boisson, berkata wanita berkanaan melemparkan senyuman yang menyebabkan Boisson ghairah lalu menepuk skirtnya. Tidak lebih dari itu.

Pendakwa pula berkata, wanita itu menuduh Boisson berbohong. Menurutnya, Boisson mengikut wanita itu dari belakang dan meraba punggungnya.

2 comments

THE QUEEN OF LANGKASUKA

Sebuah filem yang akan menarik minat aku untuk dijadikan koleksi aku selepas Puteri Gunung Ledang!




*Tak sabar rasanya nak menunggu

4 comments

WANITA TAIWAN JADI LELAKI

TAIPEI: Lebih ramai penduduk Taiwan berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat suka mengubah jantina mereka terutamanya wanita.

Hospital Veterans General di Taipei melakukan lebih 100 pembedahan terhadap wanita yang mahu menjadikan lelaki. Hanya 30 membabitkan lelaki yang mahu menjadi wanita, kata pakar bedah plastik negara itu, Fang Rong-hwang.

Kajian mendapati seorang daripada setiap 3,000 penduduk Taiwan mahu mengubah jantina.

Fang tidak tahu mengapa lebih ramai wanita Taiwan mahu menjadi lelaki tetapi berpendapat salah satu faktor ialah tradisi keluarga China yang lebih suka anak lelaki, menunjukkan perubahan jantina itu tidak bermotifkan seks.

*patutlah akhir zaman banyak lelaki, cetak rompak rupanya!

3 comments

IBU MALAS KENA BUNUH

TOKYO: Gara-gara gagal mengawal kemarahan, seorang lelaki menumbuk ibunya hingga mati kerana tidak menguruskan kerja rumah semala dua bulan.

Polis menahan lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun, beberapa jam selepas beliau menumbuk muka dan kepala ibunya, yang berusia 57 tahun, di rumah mereka di Chiba, timur Tokyo.

Ditanya apa yang menyebabkannya berang, lelaki itu memberitahu polis. "Sejak dua bulan lalu, ibu saya enggan menguruskan kerja-kerja rumah. Saya terlalu marah dengan sikapnya lalu menumbuknya."

*hampeh punya anak

1 comments

LIMA ATAU FIVE DALAM INGGERISNYA

5 things found in my bag

  • Wayar komputer
  • Majalah Mastika
  • Minyak rambut gatsby
  • Baton
  • Krim muka fair and lovely.

5 things found in my wallet
  • I/C
  • Duit kertas, syiling takde pasal tak leh nak letak.
  • Gambar X-tunang
  • Kad ATM
  • Surat saman parking

5 favorite things in my room
  • Bantal
  • Selimut
  • Tilam
  • Majalah
  • Pets hamster

5 things i’ve always wanted to do
  • Lumba di litar
  • Buat filem sendiri
  • Buka syarikat printing sendiri
  • Nak beli bas besar yang boleh buat macam rumah bergerak!
  • Rehat yang cukup (sama mcm darkz)

5 things im currently into
  • Ngadap PC (sama mcm darkz)
  • Cari idea & ilham untuk design ( sama mcm darkz )
  • Kumpul duit nak kahwin (tapi belum ada calon)
  • Puasa sunat (badan makin naik nih… arghhh aku taknak gemuk!)
  • Nak Tido la lepas penat keje. (sama mcm darkz)

5 people im going to tag
  • Boneka kayuyang tak habis dengan madahnya
  • Kak Luna yang cantik manis
  • Lagi tiga orang aku serahkan kepada sesiapa yang berminat.... hahahaha!

0 comments

LOVE

It was a gloomy Saturday afternoon. A flock of birds was spending great time searching for food and playing on the main road. Out of the sudden, a big truck sped through... sad thing had happened again.



Birds can feel too. Although this bird had already died, another bird flew over to her immediately, just like a family member, unable to accept the truth.




Not long after that, another car stormed in causing the dead bird's body to whirl with the wind. The spouse noticed the movement. As if she was still alive, he quickly flew beside her again.




He stayed beside her and yelled ... "WHY ARE YOU NOT GETTING UP!?"





Unfortunately, she's no longer able to hear him. In the meantime, he's trying to lift her up.




He, of course, was unable to bear the burden. Another car soon passed by. He quickly flew off. Once the car had gone, he came down again.




Although other birds told him its useles, he never gave up. He was trying his best to lift her up to see her flying again. Another car passed by, her dead body whirled again as if still alive and trying to fly.

He had used all of his energy, however...


The photographer said he couldn't shoot any longer. The photographer was so worried that the living bird was going to get hurt by passing cars. So he picked up the dead bird and left it at the roadside. The live one still lingered at a nearby tree as if crying with his singing and refused to leave.

Do humans have the same feelings nowadays? I wonder.

2 comments

REMAJA TERPANCING PENYELAM

AMSTERDAM – Seorang remaja 13tahun tidak menyangka dihari ia memancing di Netherlands menjadi satu sejarah yang pelik berlaku didalam hidupnya. Ini kerana ia berjaya memancing seorang penyelam! Dimana mata kail pancingnya telah tersangkut dimulut penyelam tersebut.

Mata kail pancing remaja tersebut telah tersangkut dibahagian bibir bawah penyelam tersebut. Dipercayai penyelam tersebut secara tidak sengaja melanggar mata kail tersebut lalu tersangkut dibibirnya kerana dia menyelam terlalu hampir dengan kawasan memancing.

*jangan berenang bila orang memancing!

0 comments

TAG SIAPAKAH DIRIKU?

Hari ini aku harus menjawab 8 tag mengenai DIRI AKU!

1.Aku suka minum air teh campur milo, ia dipanggil TehLo!

2.Aku hanya makan makanan berdaging seminggu sekali!

3.Suka ya amat dengan kecantikan!

4.Suka ya amat dengan kucing, walaupun kucing tu ganas macam rimau!

5.Aku seorang yang melatah!

6.Aku seorang yang manja!

7.Kalau nak mintak tolong aku, kene mintak dengan lembut. Kalau kasar-kasar, hampeh aku tak mahu buat.

8.Ada 7 staff kat opis aku, semua buta blog. Tapi ada seorang ni tak buta blog, tapi dia bukan budak opis aku. Pasal dia pi main blog. Jadi aku tag dia. Orang tersebut adalah AMZ si
boneka kayu… AMIK KO AMZ! ahahaha

3 comments

PENUNGGANG TIDAK SEDAR KAKI PUTUS

TOKYO – seorang penunggang motosikal tidak sedar kakinya telah putus setelah ia melanggar divider jalan raya dan menunggang motornya hampir lebih dari sekilometer jauhnya meninggalkan rakannya dibelakang untuk mengutip kakinya yang telah putus.

Mangsa berusia 54 tahun yang bekerja sebagai pekerja biasa. Keluar bersama-sama rakan lain menaiki motosikal di Bandar Hamamatsu pada hari ahad. Dia dipercayai gagal mengambil selekoh lalu melanggar divider diselekoh tersebut.

Dia merasa kesakitan namun dia tidak menyedari kakinya dari pangkal lutut hingga kebawah telah putus sehinggalah ia berhenti di destinasi berikut hampir satu kilometer jauhnya.

Kaki lelaki tersebut telah diambil oleh rakannya dan dibawa bersamanya kehospital namun ia gagal disambungkan semula kerana ianya telah hancur.

3 comments

PEROMPAK ‘DUCT TAPE” DITANGKAP.

ASHLAND, Ky – Apabila sesuatu rompakan berlaku, kebiasaannya orang akan berada dalam keadaan cemas. Namun sebaliknya berlaku di sebuah kedai minuman keras, dimana pemilik kedai tersebut ketawa apabila seorang perompak cuba merompak kedainya menutup mukanya dengan ‘duct tape’.

Perompak tersebut Kasey G. Kazee bagaimanapun gagal melakukan rompakan dan diberkas oleh polis. Dia dituduh melakukan rompakan kelas satu dan didenda sebanyak $250,000.





Komen aku: Aku pernah dengar orang guna sarung muka dan stokin wanita. Tapi yang ni mungkin dia nak mellenium agaknya. Aku terbayang masa polis tu buka 'duct tape' dia tu. fuh! hilang bulu kening. Terseksa sekejap. Hahahaha

0 comments

SALAH POTONG

TAMPA: Pihak berkuasa kesihatan Florida mengantung perkhidmatan seorang doctor selama enam bulan dan mendendanya AS$10,000 (RM25,000) kerana tersilap memotong kaki seorang pesakit dalam satu pembedahan.

Lembaga Perubatan Florida juga memberikan surat teguran rasmi kepada Dr Rolando Sanchez.

Beliau diletakkan dalam pengawasan seorang lagi pakar bedah selama dua tahun dan dikehendaki menghadiri kelas ‘pendidikan pengurusan risiko’.

“keputusan menghantarnya ke kelas itu satu tindakan tepat” kata Dr Fred Reddy iaitu bekas presiden Persatuan Perubatan Hillsborough County.

0 comments

TEDUNG ALBINO

Anak ular tedung albino berusia dua minggu dipindahkan ke Zoo Colombo, Sri Lanka pada jun 29, 2005.



0 comments

LELAKI BAWA MASUK BUAYA DAN ULAR ATAS KAPAL TERBANG

Hampir menyerupai filem hollywood iaitu “Snake on a Plane” Seorang lelaki ditahan di lapangan terbang Cairo sebelum berlepas ke Arab Saudi, kerana didapati beg yang dibawanya mengandungi ular-ular hidup dan juga beberapa ekor anak buaya dan juga cicak eksotik(chameleons).

Pasukan keselamatan mengesyaki tertuduh lelaki Saudi 22tahun tersebut apabila beg yang dibawanya diperiksa dengan mengunakan sinar-x memberikan visual yang meragukan. Apabila mereka membuka beg tertuduh, apa yang mereka temui adalah sungguh memeranjatkan. Beg tersebut penuh dengan reptilia termasuk dengan seekor ular tedung berbisa yang cuba keluar apabila beg tersebut dibuka.

Kesemua reptilia tersebut dirampas dan dihantar ke Zoo Cairo, namun tertuduh tidak ditahan dan dibenarkan pulang.

Penyeludupan keluar binatang adalah salah disegi undang-undang dinegara Egypt. Namun tertuduh tersebut mengatakan ia tidak mengetahui tentang undang-undang tersebut. Tertuduh juga memberitahu polis bahawa universiti di Negara Saudi memerlukan reptilia-reptilia tersebut untuk melakukan kajian keatas reptilia tersebut.

Pada bulan Mei, juga seorang lelaki Saudi ditangkap kes yang sama. Lelaki Saudi tersebut ingin menyeludup hamper 700 ular hidup. Dia memberitahu pihak keselamatan Cairo, ular tersebut selalunya dibawa ke Saudi untuk dijadikan binatang peliharaan.

0 comments

LEGO GERGASI DISELAMATKAN

AMSTERDAM – Sebuah patung lego gergasi ditemui terdampar dipantai berdekatan resort Dutch di Zandvoort, selasa.

Seorang pekerja warung minuman berdekatan dipantai tersebut telah mengambil patung tersebut berukuran 8kaki tinggi. Ia menemui patung tersebut apabila ia melihat sesuatu objek terapung-apung dipantai. Apabila ia amati objek yang terapung tersebut, dia terperanjat yang objek tersebut merupakan patung lego bersaiz sebesar manusia.

Patung lego itu telah diletakkan didepan warung lelaki yang menyelamatkan patung itu.

Kanak-kanak sedang bermain dengan lego gergasi tersebut

0 comments

PENUKARAN KONSEP

Dalam masa terdekat ini konsep blog ini akan aku tukarkan. Cerita-cerita mengenai kehidupan seharian aku akan jarang-jarang aku masukkan. Sebab tiada apa yang menarik sangat, melainkan seharian aku berkerja dan mengacau aweks sahaja. Hahaha!

Konsep kali ini akan jangkakan akan menarik ramai pengunjung untuk memasuki blog aku. Insya'Allah... Aku harap ia akan dapat mengembalikan kegemilangan webblog dikalangan orang melayu kita. Sebab aku tengok melayu kita ni hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebelum ini ramai blogger melayu. Tapi la-ni leh bilang dengan jari. Kalau adapun lebih banyak penciplak dari pencipta artikel. Semua pasal nak jual iklan sahaja. Aku tak salahkan kalau nak jual iklan sebab aku pun jual iklan melalui blog. Bagus berusaha mencari duit sampingan. Tapi biarlah blog anda tu berasas. Bukannya terisi dengan artikel sampah! Yang kadang-kala jauh dari kebenaran.

Tajuk bagi blog aku pun akan ditukar. Bukan lagi dipanggil A.P.PL. Tapi buat masa ini aku takde idea nak tukar tajuk apa? Kalau pengunjung ada idea, kongsi lah dengan aku. Nanti aku akan kreditkan nama atau blog anda. Konsep yang aku akan bawa dalam blog aku adalah kisah-kisah pelik atau berita mencuit hati seanterio dunia! Yeah!

0 comments

CREED - WITH ARMS WIDE OPEN

0 comments

MUKA ARTIS YANG SAMA DENGAN AKU!?

http://www.myheritage.com


Aku malas nak update. Jadi aku buat face recognition "celebrity look alike". Memang website ni seronok aku layari. Tapi hasilnya memeranjatkan. Ada ke patut semuanya muka perempuan, hampeh betullah!

2 comments